Tiga perkara yang mana jika manusia mengetahui apa yang terdapat padanya nescaya mereka tidak akan mengambilnya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث لو يعلم الناس ما فيهن ما أخذت إلا بالسهام عليها؛ حرصا على ما فيهن من الخيروالبركة: التأذين للصلوات، والتهجير إلى الجمعة، والصلاة في أول الصفوف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang mana jika manusia mengetahui apa yang terdapat padanya (daripada ganjaran dan kebaikan) nescaya mereka tidak akan mengambilnya melainkan dengan melontarkan anak panah ke atasnya; sebagai tanda kesungguhan untuk mendapatkan kebaikan dan juga keberkatan padanya: (iaitu) melaungkan azan ketika masuk waktu solat, bersegera menuju (masjid dan solat) Jumaat dan solat di saf yang pertama.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis nombor 1429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث لو يعلم الناس ما فيهن ما أخذت إلا بالسهام عليها؛ حرصاً على ما فيهن من الخير والبركة: التأذين للصلوات، والتهجير إلى الجمعة، والصلاة في أول الصفوف)).
[فر، ((الضعيفة)) (‌‌3430)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang mana jika manusia mengetahui apa yang terdapat padanya (daripada ganjaran dan kebaikan) nescaya mereka tidak akan mengambilnya melainkan dengan melontarkan anak panah ke atasnya; sebagai tanda kesungguhan untuk mendapatkan kebaikan dan juga keberkatan padanya: (iaitu) melaungkan azan ketika masuk waktu solat, bersegera menuju (masjid dan solat) Jumaat dan solat di saf yang pertama.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3430].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs