Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ لو يعلمُ الناسُ ما فيهن ما أُخِذَتْ إلا بالسهامِ عليها ؛ حِرصًا على ما فيهن من الخيرِوالبركةِ: التأذينُ للصلواتِ، والتهجيرُ إلى الجمعةِ، والصلاةُ في أولِ الصفوفِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang mana jika manusia mengetahui apa yang terdapat padanya (daripada ganjaran dan kebaikan) nescaya mereka tidak akan mengambilnya melainkan dengan melontarkan anak panah ke atasnya; sebagai tanda kesungguhan untuk mendapatkan kebaikan dan juga keberkatan padanya: (iaitu) melaungkan azan ketika masuk waktu solat, bersegera menuju (masjid dan solat) Jumaat dan solat di saf yang pertama.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis no. 1429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث لو يعلم الناس ما فيهن ما أخذت إلا بالسهام عليها؛ حرصاً على ما فيهن من الخير والبركة: التأذين للصلوات، والتهجير إلى الجمعة، والصلاة في أول الصفوف)). [فر، ((الضعيفة)) (3430)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang mana jika manusia mengetahui apa yang terdapat padanya (daripada ganjaran dan kebaikan) nescaya mereka tidak akan mengambilnya melainkan dengan melontarkan anak panah ke atasnya; sebagai tanda kesungguhan untuk mendapatkan kebaikan dan juga keberkatan padanya: (iaitu) melaungkan azan ketika masuk waktu solat, bersegera menuju (masjid dan solat) Jumaat dan solat di saf yang pertama. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3430].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman