Tiga perkara yang mana jika kamu melakukannya maka Allah akan menghisab kamu dengan hisab yang ringan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من كن فيه حاسبه الله حسابا يسيرا، وأدخله الجنة برحمته: تعطي من حرمك، وتصل من قطعك، وتعفو عمن ظلمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang mana jika kamu melakukannya maka Allah akan menghisab kamu dengan hisab yang ringan serta memasukkan kamu ke dalam syurga dengan rahmat-Nya: Kamu memberi kepada mereka yang menghalang pemberiannya kepadamu, kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan denganmu, serta kamu memaafkan mereka yang menzalimimu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 189, hadis nombor 971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث من كن فيه حاسبه الله حسابا يسيرا، وأدخله الجنة برحمته: تعطي من حرمك، وتصل من قطعك، وتعفو عمن ظلمك)).
[عد، ((الضعيفة)) (‌‌1535)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang mana jika kamu melakukannya maka Allah akan menghisab kamu dengan hisab yang ringan serta memasukkan kamu ke dalam syurga dengan rahmat-Nya: Kamu memberi kepada mereka yang menghalang pemberiannya kepadamu, kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan denganmu, serta kamu memaafkan mereka yang menzalimimu.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1535]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.