Tiga perkara yang jika dilakukan maka dia telah melakukan jenayah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من فعلهن ‌فقد ‌أجرم: من اعتقد لواء في غير حق، أو عق والديه، أو مشى مع ظالم لينصره ‌فقد ‌أجرم، يقول الله – سبحانه: ﴿إنا من المجرمين منتقمون﴾.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang jika dilakukan maka dia telah melakukan jenayah: Sesiapa yang memberikan kepercayaan kepada yang bukan berhak, atau derhaka kepada dua ibu bapanya, atau berada bersama orang yang zalim untuk menolongnya maka dia telah melakukan jenayah. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kami akan membalas dosa orang yang melakukan jenayah (atau berpaling dari ayat Allah).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 778, hadis nombor 3985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث من فعلهن ‌فقد ‌أجرم: من اعتقد لواء في غير حق، أو عق والديه، أو مشى مع ظالم لينصره ‌فقد ‌أجرم، يقول الله – سبحانه: ﴿إنا من المجرمين منتقمون﴾)). [الثعلبي، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (1951)]

(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang jika dilakukan maka dia telah melakukan jenayah: Sesiapa yang memberikan kepercayaan kepada yang bukan berhak, atau derhaka kepada dua ibu bapanya, atau berada bersama orang yang zalim untuk menolongnya maka dia telah melakukan jenayah. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kami akan membalas dosa orang yang melakukan jenayah (atau berpaling dari ayat Allah). [Riwayat al-Tha’labi dalam tafsirnya, al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1951]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.