Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثَلاثٌ مَن فعلَهُنَّ فقد أجرمَ: مَن اعتقدَ لِواءً في غَيرِ حقٍّ، أو عقَّ والدَيهِ، أو مشَى معَ ظالمٍ لينصرَهُ فقَد أجرمَ، يقولُ اللَّهُ سُبحانَهُ : (إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ)
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang jika dilakukan maka dia telah melakukan jenayah: Sesiapa yang memberikan kepercayaan kepada yang tidak berhak, atau menderhakai ibu bapanya, atau berada bersama orang yang zalim untuk menolongnya, maka dia telah melakukan jenayah. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kami akan membalas dosa orang yang melakukan jenayah (atau berpaling dari ayat Allah).
Sahabat Perawi
- Muaz bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 778, hadis no. 3985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ثلاث من فعلهن فقد أجرم: من اعتقد لواء في غير حق، أو عق والديه، أو مشى مع ظالم لينصره فقد أجرم، يقول الله - سبحانه: ﴿إنا من المجرمين منتقمون﴾)). [الثعلبي، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (1951)].
(Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang jika dilakukan maka dia telah melakukan jenayah: Sesiapa yang memberikan kepercayaan kepada yang tidak berhak, atau menderhakai ibu bapanya, atau berada bersama orang yang zalim untuk menolongnya, maka dia telah melakukan jenayah. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya kami akan membalas dosa orang yang melakukan jenayah (atau berpaling dari ayat Allah). [Riwayat Al-Tha’labi dalam Tafsirnya, al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1951].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman