TEKS BAHASA ARAB
ثلاث من كن فيه؛ آواه الله في كنفه، ونشر عليه رحمته، وأدخله في محبته: من إذا أعطي شكر، وإذا قدر غفر، وإذا غضب فتر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga perkara yang jika berada pada diri seseorang; Allah SWT akan memasukkannya dalam jagaan-Nya, menebarkan kepadanya rahmat-Nya, serta memasukkannya dalam kasih sayang-Nya: (Iaitu) Sesiapa yang apabila diberi dia akan bersyukur, apabila mampu dia akan memaafkan, dan apabila marah dia akan mengabaikan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 97, hadis nombor 502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ثلاث من كن فيه؛ آواه الله في كنفه، ونشر عليه رحمته، وأدخله في محبته: من إذا أعطي شكر، وإذا قدر غفر، وإذا غضب فتر.
[ك، هب، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5478)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang jika berada pada diri seseorang; Allah SWT akan memasukkannya dalam jagaan-Nya, menebarkan kepadanya rahmat-Nya, serta memasukkannya dalam kasih sayang-Nya: (Iaitu) Sesiapa yang apabila diberi dia akan bersyukur, apabila mampu dia akan memaafkan, dan apabila marah dia akan mengabaikan.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab dan al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5478]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.