Tiga perkara yang disukai oleh Allah

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث يحبهن الله: تعجيل الفطر، وتأخير السحور، وضرب اليدين إحداهما على الأخرى في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang disukai oleh Allah: menyegerakan berbuka puasa, melewatkan makan sahur dan meletakkan satu tangan ke atas tangan yang lain semasa solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis nombor 1431. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يعلى بن مرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث يحبهن الله: تعجيل الفطر، وتأخير السحور، وضرب اليدين إحداهما على الأخرى في الصلاة)).
[عق، ((الضعيفة)) (3443)]

(Lemah)
Daripada Ya’la bin Murrah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang disukai oleh Allah: menyegerakan berbuka puasa, melewatkan makan sahur dan meletakkan satu tangan ke atas tangan yang lain semasa solat.
[Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-’Uqaili. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3443]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs