Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiga perkara yang dengannya seseorang hamba itu dapat memperoleh keinginan dunia dan akhirat

Teks Bahasa Arab

ثلاثٌ يُدرِكُ بهن العبدُ رغائبَ الدنيا والآخرةِ: الصبرُ على البلاءِ، والرضا بالقضاءِ، والدعاءُ في الرَّخاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Tiga perkara yang dengannya seseorang hamba itu dapat memperoleh keinginan dunia dan akhirat: Sabar dengan bala ujian, reda dengan qadak dan berdoa ketika lapang.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hilal al-Taymi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 470, hadis no. 2522.

(ضعيف) عن أبي هلال التيمي، قال: قال رسول الله ﷺ: «ثلاث يدرك بهن العبد رغائب الدنيا والآخرة: الصبر على البلاء، والرضا بالقضاء، والدعاء في الرخاء». [فر، «الضعيفة» (3440)].

(Lemah) Daripada Abū Hilāl al-Taymī, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tiga perkara yang dengannya seseorang hamba itu dapat memperoleh keinginan dunia dan akhirat: Sabar dengan bala ujian, reda dengan qadak dan berdoa ketika lapang". [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3440].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.