Tiga perkara yang berasal dari Arasy

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث متعلقات بالعرش: الرحم تقول: اللهم إني بك؛ فلا أقطع، والأمانة تقول: اللهم إني بك؛ فلا أختان، والنعمة تقول: اللهم إني بك؛ فلا أكفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang terikat dengan ‘Arasy, adalah: Kasih-sayang (hubungan silaturahim), ia telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku adalah milikmu; maka aku tidak sepatutnya terputus. Dan amanah pula berkata: Sesungguhnya aku adalah milikmu maka aku tidak sepatutnya dikhianati. Dan nikmat pula berkata: Sesungguhnya aku adalah milikmu, maka aku tidak sepatutnya dikufuri.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis nombor 2846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ثوبان – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ثلاث متعلقات بالعرش: الرحم تقول: اللهم إني بك؛ فلا أقطع، والأمانة تقول: اللهم إني بك؛ فلا أختان، والنعمة تقول: اللهم إني بك؛ فلا أكفر)). [البزار، هب، البيهقي في ((الأسماء والصفات)) ((الضعيفة))(6481)]

(Sangat Lemah)
Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang terikat dengan ‘Arasy, adalah: Kasih-sayang (hubungan silaturahim), ia telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku adalah milikmu; maka aku tidak sepatutnya terputus. Dan amanah pula berkata: Sesungguhnya aku adalah milikmu maka aku tidak sepatutnya dikhianati. Dan nikmat pula berkata: Sesungguhnya aku adalah milikmu, maka aku tidak sepatutnya dikufuri.
[Riwayat al-Bazzar, al-Bayhaqi dalam Kitab Shu‘ab al-Iman, dan al-Bayhaqi dalam kitab al-Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6481]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs