Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ من حَفِظَهُنَّ فهو ولِيِّي حقًّا، ومن ضَيَّعَهُنَّ فهو عَدُوِّي حقًّا: الصلاةُ، والصيامُ، والجنابةُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang barang siapa yang menjaganya dia merupakan wali yang sebenar, dan barang siapa yang mengabaikannya, dia merupakan musuh yang sebenar: Antara tiga perkara tersebut adalah solat, puasa dan mandi junub.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1138, hadis no. 5747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من حفظهن فهو ولي حقا، ومن ضيعهن فهو عدوي حقا: الصلاة والصيام والجنابة)). [طس، ((الضعيفة)) (3432)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Tiga perkara yang barang siapa yang menjaganya dia merupakan wali yang sebenar, dan barang siapa yang mengabaikannya, dia merupakan musuh yang sebenar: Antara tiga perkara tersebut adalah solat, puasa dan mandi junub." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3432]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman