TEKS BAHASA ARAB
ثلاث من فعلهن ثقة واحتسابا، كان حقا على الله أن يعينه وأن يبارك له: من سعى في فكاك رقبة ثقة بالله واحتسابا كان حقا على الله أن يعينه وأن يبارك له، ومن تزوج ثقة بالله واحتسابا كان حقا على الله أن يعينه وأن يبارك له، ومن أحيا أرضا ميتة ثقة بالله واحتسابا كان حقا على الله أن يعينه وأن يبارك له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga perkara yang barang siapa melakukannya dengan rasa percaya terhadap Allah dan mengharapkan pahala, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menolongnya dan memberkatinya. Barang siapa yang pergi untuk membebaskan hamba dengan rasa percaya terhadap Allah dan mengharapkan pahala, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menolongnya dan memberkatinya. Barang siapa yang berkahwin dengan rasa percaya terhadap Allah dan mengharapkan pahala, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menolongnya dan memberkatinya. Barang siapa yang menghidupkan tanah yang mati dengan rasa percaya terhadap Allah dan mengharapkan pahala, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menolongnya dan memberkatinya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 919, hadis nombor 4711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من فعلهن ثقة واحتسابا، كان حقا على الله أن يعينه وأن يبارك له: من سعى في فكاك رقبة ثقة بالله واحتسابا كان حقا على الله أن يعينه وأن يبارك له، ومن تزوج ثقة بالله واحتسابا كان حقا على الله أن يعينه وأن يبارك له، ومن أحيا أرضا ميتة ثقة بالله واحتسابا كان حقا على الله أن يعينه وأن يبارك له)).
[ابن منده في ((المنتخب من الفوائد))، الثقفي في ((الثقفيات))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، هق، طس، ((الضعيفة)) (1256)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara yang barang siapa melakukannya dengan rasa percaya terhadap Allah dan mengharapkan pahala, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menolongnya dan memberkatinya. Barang siapa yang pergi untuk membebaskan hamba dengan rasa percaya terhadap Allah dan mengharapkan pahala, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menolongnya dan memberkatinya. Barang siapa yang berkahwin dengan rasa percaya terhadap Allah dan mengharapkan pahala, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menolongnya dan memberkatinya. Barang siapa yang menghidupkan tanah yang mati dengan rasa percaya terhadap Allah dan mengharapkan pahala, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menolongnya dan memberkatinya.
[Riwayat Ibn Mandah dalam al-Muntakhab min al-Fawaid, al-Thaqafiyy dalam al-Thaqafiyyat, al-Dhiyaa al-Maqdisi dalam al-Muntaqa min Masmu’aatihi bi Marw, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1256].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.