Tiga perkara yang Allah mencintainya adalah: Menyegerakan berbuka puasa

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث يحبهن الله: تعجيل الفطر، وتأخير السحور، وضرب اليدين إحداهما على الأخرى في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang Allah mencintainya adalah: Menyegerakan berbuka puasa, melewatkan sahur dan meletakkan satu tangan di atas satu tangan yang lain ketika solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis nombor 5748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن يعلى بن مرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث يحبهن الله: تعجيل الفطر، وتأخير السحور، وضرب اليدين إحداهما على الأخرى في الصلاة)).
[ابن الوزير في ((الأمالي))، فر، ابن حجر في ((المسلسلات))، ((الضعيفة)) (3443)]

(Lemah)
Daripada Ya’la bin Murrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Tiga perkara yang Allah mencintainya adalah: Menyegerakan berbuka puasa, melewatkan sahur dan meletakkan satu tangan di atas satu tangan yang lain ketika solat.”
[Riwayat Ibn Wazir dalam al-Amali, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dan Ibn Hajar dalam Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3443]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.