Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ يُحِبُّهُن اللهُ: تَعجيلُ الفِطرِ، وتأخيرُ السُّحورِ، وضربُ اليدينِ إحداهما على الأخرى في الصلاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara yang Allah mencintainya adalah: Menyegerakan berbuka puasa, melewatkan sahur dan meletakkan satu tangan di atas satu tangan yang lain ketika solat.
Sahabat Perawi
- Ya’la bin Murrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis no. 5748. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يعلى بن مرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث يحبهن الله: تعجيل الفطر، وتأخير السحور، وضرب اليدين إحداهما على الأخرى في الصلاة)). [ابن الوزير في ((الأمالي))، فر، ابن حجر في ((المسلسلات))، ((الضعيفة)) (3443)]
(Lemah) Daripada Ya’la bin Murrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Tiga perkara yang Allah mencintainya adalah: Menyegerakan berbuka puasa, melewatkan sahur dan meletakkan satu tangan di atas satu tangan yang lain ketika solat." [Riwayat Ibn Wazir dalam al-Amali, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dan Ibn Hajar dalam Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3443]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman