Tiga perkara yang akan menimbulkan kasih sayang kepada saudara kamu

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث تُصَفِّينَ لك وُدَّ أخيك: تسلم عليه إذا لقيته، وتوسع له في المجلس، وتدعوه بأحب أسمائه إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang akan memurnikan buatmu kasih sayang saudara kamu: Kamu memberi salam kepadanya apabila berjumpa dengannya, kamu melapangkan ruang buatnya dalam majlis, dan kamu memanggilnya dengan nama yang paling dia sukai.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54, hadis nombor 232. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث تُصَفِّينَ لك وُدَّ أخيك: تسلم عليه إذا لقيته، وتوسع له في المجلس، وتدعوه بأحب أسمائه إليه)). [تخ، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، تمام، ابن النقور في ((الخماسيات))، أبو بكر اليزدي في ((المجلس من الأمالي))، ك، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3442)].

(Munkar)
Daripada ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga perkara yang akan memurnikan buatmu kasih sayang saudara kamu: Kamu memberi salam kepadanya apabila berjumpa dengannya, kamu melapangkan ruang buatnya dalam majlis, dan kamu memanggilnya dengan nama yang paling dia sukai.))
[Riwayat al-Bukhārī dalam Tārikh al-Kabīr, al-Mukhliṣ dalam al-Fawā’id al-Muntaqāh, Tammām dalam al-Fawā’id, Ibn al-Naqūr dalam al-Khumāsiyāt, Abū Bakr al-Yazdī dalam Majlis Min al-Amālī, Abū ‘Abdūllah ibn Mandah dalam al-Amālī, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Ḍiyā’ dalam al-Muntaqā min Masmū‘ātihi bi Marw, dan Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3442].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs