Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiga perkara –wahai Ali- janganlah kamu lewatkannya: Solat jika telah masuk waktunya, jenazah jika telah tiba dan (menikahkan) seorang janda jika dia menjumpai calon sepadan

Teks Bahasa Arab

ثَلاثةٌ - يا عَلِيّ - لا تُؤَخرْهُنَّ: الصّلاةُ إذا آنَتْ، والجنَازةُ إذا حَضَرتْ، والأيم إذا وجَدَتْ كُفؤاً.

Teks Bahasa Melayu

Tiga perkara –wahai Ali- janganlah kamu lewatkannya: Solat jika telah masuk waktunya, jenazah jika telah tiba dan (menikahkan) seorang janda jika dia menjumpai calon sepadan.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis no. 8849. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي طالب -رضي الله عنه- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((ثَلاثةٌ - يا عَلِيّ - لا تُؤَخرْهُنَّ: الصّلاةُ إذا آنَتْ، والجنَازةُ إذا حَضَرتْ، والأيم إذا وجَدَتْ كُفؤاً.)) [تخ، ت، هـ، ابن حبان في ((الضعفاء))، حم، ك، عم، ابن عساكر، هق، خط، ((الضعيفة)) (5751)].

(Lemah) Daripada Ali bin Abi Talib RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Tiga perkara –wahai Ali- janganlah kamu lewatkannya: Solat jika telah masuk waktunya, jenazah jika telah tiba dan (menikahkan) seorang janda jika dia menjumpai calon sepadan.)) [Riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Ahmad dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad, Ibn Asakir, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5751].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.