Tiga perkara, tiga perkara, tiga perkara, tiga perkara yang tiada sumpah padanya, tiga perkara yang dilaknat padanya, dan tiga perkara yang aku meraguinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث وثلاث وثلاث، فثلاث لا يمين فيهن، وثلاث الملعلون فيهن، وثلاث أشك فيهن. فأما الثلاث التي لا يمين فيهن: فلا يمين مع والد، ولا المرأة مع زوجها، ولا المملوك مع سيده. وأما الملعون فيهن: فملعون من لعن والديه، وملعون من ذبح لغير الله، وملعون من غير تخوم الأرض، وأما الثلاث التي أشك فيهن: فلا أدري ‌أعزير كان نبياً أم لا، ولا أدري ألعن تبعاً أم لا، قال: ونسيت، يعنى: الثالثة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara, tiga perkara, tiga perkara, tiga perkara yang tiada sumpah padanya, tiga perkara yang dilaknat padanya, dan tiga perkara yang aku meraguinya. Tiga perkara yang tiada sumpah padanya: Tiada sumpah dengan ayah, atau seorang isteri dengan suaminya, ataupun hamba dengan tuannya. Manakala perkara yang dilaknat padanya adalah: Dilaknat orang yang melaknat kedua ibu bapanya, dilaknat orang yang menyembelih selain kerana Allah, juga dilaknat orang mengubah sempadan tanah. Tiga perkara yang aku raguinya adalah: Aku tidak tahu adakah Uzair itu Nabi ataupun tidak, aku tidak tahu adakah kaum Tubba’ dilaknat ataupun tidak dan aku telah lupa (yang ketiga).)

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 614, hadis nombor 3196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: ((ثلاث وثلاث وثلاث، فثلاث لا يمين فيهن، وثلاث الملعلون فيهن، وثلاث أشك فيهن. فأما الثلاث التي لا يمين فيهن: فلا يمين مع والد، ولا المرأة مع زوجها، ولا المملوك مع سيده. وأما الملعون فيهن: فملعون من لعن والديه، وملعون من ذبح لغير الله، وملعون من غير تخوم الأرض، وأما الثلاث التي أشك فيهن: فلا أدري ‌أعزير كان نبياً أم لا، ولا أدري ألعن تبعاً أم لا، قال: ونسيت، يعنى: الثالثة)). [لوين في ((أحاديثه))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3433)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiga perkara, tiga perkara, tiga perkara, tiga perkara yang tiada sumpah padanya, tiga perkara yang dilaknat padanya, dan tiga perkara yang aku meraguinya. Tiga perkara yang tiada sumpah padanya: Tiada sumpah dengan ayah, atau seorang isteri dengan suaminya, ataupun hamba dengan tuannya. Manakala perkara yang dilaknat padanya adalah: Dilaknat orang yang melaknat kedua ibu bapanya, dilaknat orang yang menyembelih selain kerana Allah, juga dilaknat orang mengubah sempadan tanah. Tiga perkara yang aku raguinya adalah: Aku tidak tahu adakah Uzair itu Nabi ataupun tidak, aku tidak tahu adakah kaum Tubba’ dilaknat ataupun tidak dan aku telah lupa (yang ketiga).))
[Riwayat Lawin dalam Ahadithnya dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah , no. 3433]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.