Tiga perkara, siapa yang melaksanakan ketiga-tiganya berserta iman maka dia akan masuk melalui mana-mana pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من جاء بهن مع إيمان دخل أي أبواب الجنة شاء، وزوج من الحور العين حيث شاء، من عفا عن قاتله، وأدى دينا خفيا، وقرأ دبر كل صلاة مكتوبة عشر مرات (قل هو الله أحد). قال: فقال أبو بكر: أو إحداهن يا رسول الله؟ قال: أو إحداهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara, siapa yang melaksanakan ketiga-tiganya berserta iman maka dia akan masuk melalui mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki dan dikahwinkan dengan bidadari yang dia kehendaki: (Iaitu) orang yang memaafkan orang yang memeranginya, melunaskan hutang yang tersembunyi dan membaca setiap kali selepas solat fardu: قل هو الله احد (surah al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali. Beliau (Jabir RA) berkata: Lalu Abu Bakr bertanya: Atau salah satu daripadanya sahaja, wahai Rasulullah? Baginda SAW bersabda: atau salah satu daripadanya sahaja.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 350, hadis nombor 1849. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من جاء بهن مع إيمان دخل أي أبواب الجنة شاء، وزوج من الحور العين حيث شاء، من عفا عن قاتله، وأدى دينا خفيا، وقرأ دبر كل صلاة مكتوبة عشر مرات (قل هو الله أحد). قال: فقال أبو بكر: أو إحداهن يا رسول الله؟ قال: أو إحداهن)).
[ع، طس، أبو محمد الجوهري في ((الفوائد المنتقاة))، أبو محمد الخلال في ((فضائل الإخلاص))، ((الضعيفة)) (654)]

(Sangat Lemah) Daripada Jābir RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara, siapa yang melaksanakan ketiga-tiganya berserta iman maka dia akan masuk melalui mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki dan dikahwinkan dengan bidadari yang dia kehendaki: (Iaitu) orang yang memaafkan orang yang memeranginya, melunaskan hutang yang tersembunyi dan membaca setiap kali selepas solat fardu: قل هو الله احد (surah al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali. Beliau (Jabir RA) berkata: Lalu Abu Bakr bertanya: Atau salah satu daripadanya sahaja, wahai Rasulullah? Baginda SAW bersabda: atau salah satu daripadanya sahaja.
[Riwayat Abū Ya’lā dalam Musnadnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Abū Muḥammad al-Jauharī dalam al-Fawā‘id al-Muntaqāh, Abū Muḥammad al-Khallāl dalam Faḍā‘il al-Ikhlās. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 654]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs