Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ من كُنَّ فيه يُسْتَكْمَلُ إيمانُه: رجلٌ لا يخافُ في اللهِ لومةَ لائمٍ، ولايُرائي بشيءٍ من عملِه، وإذا عُرِضَ عليه أمرانِ أحدُهما للدنيا، والآخرُ للآخرةِ؛ آثر أَمْرَ الآخرةِ على الدنيا.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara sesiapa yang ada padanya perkara ini nescaya sempurna imannya: Seorang lelaki yang tidak takut dicerca oleh pencerca kerana Allah, tidak riyak dengan apa-apa amalannya dan apabila ditunjukkan dua urusan yang salah satunya untuk dunia dan salah satu lagi adalah untuk akhirat, lalu dia mengutamakan urusan akhirat berbanding dunia.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 470, hadis no. 2523.
(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiga perkara sesiapa yang ada padanya perkara ini nescaya sempurna imannya: Seorang lelaki yang tidak takut dicerca oleh pencerca kerana Allah, tidak riyak dengan apa-apa amalannya dan apabila ditunjukkan dua urusan yang salah satunya untuk dunia dan salah satu lagi adalah untuk akhirat, lalu dia mengutamakan urusan akhirat berbanding dunia". [Riwayat Abū Bakr al-Naysabūrī dalam al-Fawā’id, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3445].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman