Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiga perkara punca kepada semua dosa, maka jauhilah ia

Teks Bahasa Arab

ثلاثٌ هنَّ أصلُ كلِّ خطيئةٍ فاتقوهنَّ ، وثلاثٌ إذا ذُكِرْنَ فأمسكوا : إياكم والكِبْرَ فإنَّ إبليسَ إنَّما منعهُ الكِبْرُ أن يسجدَ لآدمَ . وإياكم والحرصَ فإنَّ آدمَ إنَّما حملهُ الحرصُ على أكلِ الشجرةِ . وإياكم والحسدَ فإنَّ ابنيْ آدمَ إنَّما قَتَلَ أحدُهما صاحبَه حسدًا . فهنَّ أصلُ كلِّ خطيئةٍ فاتقوهنَّ واحذروهنَّ . والثلاثُ إذا ذُكِرَ القَدَرُ فأمسكوا ، وإذا ذُكِرَ النجومُ فأمسكوا وإذا ذُكِرَ أصحابي فأمسكوا.

Teks Bahasa Melayu

Tiga perkara punca kepada semua dosa, maka jauhilah ia. Tiga perkara apabila Diriwayatkan maka diamlah: Berjaga-jagalah kamu daripada takabbur kerana Iblis yang menghalangnya untuk sujud kepada Adam adalah takabbur. Berjaga-jagalah kamu daripada keinginan kerana Adam yang menyebabkan dia memakan pohon (di dalam syurga) adalah keinginan. Berjaga-jagalah kamu daripada dengki kerana dua anak Adam membunuh di antara satu sama lain adalah disebabkan kedengkian. Semua inilah merupakan asal bagi semua dosa. Adapun tiga lagi: Apabila Diriwayatkan tentang Qadar (ketentuan) maka diamlah, apabila Diriwayatkan bintang-bintang maka diamlah dan apabila Diriwayatkan sahabatku (sahabat Nabi SAW) maka diamlah (jangan mencela).

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1713, hadis no. 8613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: (ثلاث هن أصل كل خطيئة فاتقوهن. وثلاث إذا ذكرن فأمسكوا. إياكم والكبر، فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم. وإياكم والحرص، فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل الشجرة. وإياكم والحسد، فإن ابني آدم إنما قتلَ أحدهما صاحبه حسداً، فهن أصل كل خطيئة، فاتقوهن واحذروهن. والثلاث: إذا ذكر القدر فأمسكوا، وإذا ذكر النجوم، فأمسكوا، وإذا ذكر أصحابي فأمسكوا). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6669)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Rasulullah SAW): Tiga perkara punca kepada semua dosa, maka jauhilah ia. Tiga perkara apabila disebutkan maka diamlah: Berjaga-jagalah kamu daripada takabbur kerana Iblis yang menghalangnya untuk sujud kepada Adam adalah takabbur. Berjaga-jagalah kamu daripada keinginan kerana Adam yang menyebabkan dia memakan pohon (di dalam syurga) adalah keinginan. Berjaga-jagalah kamu daripada dengki kerana dua anak Adam membunuh di antara satu sama lain adalah disebabkan kedengkian. Semua inilah merupakan asal bagi semua dosa. Adapun tiga lagi: Apabila disebutkan tentang Qadar (ketentuan) maka diamlah, apabila disebutkan bintang-bintang maka diamlah dan apabila disebutkan sahabatku (sahabat Nabi SAW) maka diamlah (jangan mencela). [Riwayat al-Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6669]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.