Tiga perkara penyebab utama bagi setiap kesalahan

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث هن أصل كل خطيئة فاتقوهن، وثلاث إذا ذكرن فأمسكوا: إياكم والكبر، فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم. وإياكم والحرص، فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل الشجرة. وإياكم والحسد، فإن ابني آدم إنما قتل أحدهما صاحبه حسدا، فهن أصل كل خطيئة، فاتقوهن واحذروهن. والثلاث: إذا ذكر القدر فأمسكوا، وإذا ذكر النجوم، فأمسكوا، وإذا ذكر أصحابي فأمسكوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara penyebab utama bagi setiap kesalahan Jauhilah ia. Jika disebut tiga perkara lain, maka jangan dilakukan. Jauhi sifat sombong, sifat sombong iblis yang menyebabkannya enggan tunduk kepada Adam. Jauhi sifat tamak. Sesungguhnya Nabi Adam didorong oleh sifat tamak ketika maka buah daripada pohon. Jauhilah hasad dengki. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh saudaranya disebabkan dorongan hasad. Kesemua ini adalah punca bagi semua kesalahan. Jauhilah sifat-sifat ini dan sentiasa berjaga-jaga. Tiga perkara yang lain pula. Jika disebutkan tentang Qadar, maka tahanlah diri. Jika disebut tentang nujum, maka tahanlah diri. Jika ada yang berkata buruk tentang sahabat aku, maka jangan turut sama melakukannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1948, hadis nombor 9755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال ﷺ: ثلاث هن أصل كل خطيئة فاتقوهن. وثلاث إذا ذكرن فأمسكوا. إياكم والكبر، فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم. وإياكم والحرص، فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل الشجرة. وإياكم والحسد، فإن ابني آدم إنما قتلَ أحدهما صاحبه حسداً، فهن أصل كل خطيئة، فاتقوهن واحذروهن. والثلاث: إذا ذكر القدر فأمسكوا، وإذا ذكر النجوم، فأمسكوا، وإذا ذكر أصحابي فأمسكوا.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6669)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Tiga perkara penyebab utama bagi setiap kesalahan Jauhilah ia. Jika disebut tiga perkara lain, maka jangan dilakukan. Jauhi sifat sombong, sifat sombong iblis yang menyebabkannya enggan tunduk kepada Adam. Jauhi sifat tamak. Sesungguhnya Nabi Adam didorong oleh sifat tamak ketika maka buah daripada pohon. Jauhilah hasad dengki. Salah seorang anak Nabi Adam membunuh saudaranya disebabkan dorongan hasad. Kesemua ini adalah punca bagi semua kesalahan. Jauhilah sifat-sifat ini dan sentiasa berjaga-jaga. Tiga perkara yang lain pula. Jika disebutkan tentang Qadar, maka tahanlah diri. Jika disebut tentang nujum, maka tahanlah diri. Jika ada yang berkata buruk tentang sahabat aku, maka jangan turut sama melakukannya.
[Riwayat al-Ashabani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6669]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs