Tiga perkara menjadi kenikmatan dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من نعيم الدنيا – وإن كان لا نعيم لها -: مركب وطيء، والمرأة الصالحة، والمنزل الواسع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara menjadi kenikmatan dunia, sekalipun dia tidak memiliki suatu nikmat pun: Kenderaan yang baik, isteri yang solehah dan rumah yang luas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis nombor 5010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاوية بن قرة، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((ثلاث من نعيم الدنيا – وإن كان لا نعيم لها -: مركب وطيء، والمرأة الصالحة، والمنزل الواسع)).
[ابن أبي شيبه في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (7162)].

(Lemah)
Daripada Mu’awiyah bin Qurrah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara menjadi kenikmatan dunia, sekalipun dia tidak memiliki suatu nikmat pun: Kenderaan yang baik, isteri yang solehah dan rumah yang luas”.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7162].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.