Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ من نعيمِ الدنيا - وإن كان لا نعيمَ لها -: مركبٌ وطيءٌ، والمرأةُ الصالحةُ، والمنزلُ الواسعُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara menjadi kenikmatan dunia, sekalipun dia tidak memiliki suatu nikmat pun: Kenderaan yang baik, isteri yang solehah dan rumah yang luas.
Sahabat Perawi
- Mu’awiyah bin Qurrah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis no. 5010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاوية بن قرة، قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((ثلاث من نعيم الدنيا - وإن كان لا نعيم لها -: مركب وطيء، والمرأة الصالحة، والمنزل الواسع)). [ابن أبي شيبه في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (7162)].
(Lemah) Daripada Mu’awiyah bin Qurrah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara menjadi kenikmatan dunia, sekalipun dia tidak memiliki suatu nikmat pun: Kenderaan yang baik, isteri yang solehah dan rumah yang luas”. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7162].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman