TEKS BAHASA ARAB
حديث: ثلاثة تزيد في البصر: النظر إلى الخضرة، والماء الجاري، والوجه الحسن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tiga perkara menajamkan penglihatan; memandang tumbuhan yang hijau, air yang mengalir, dan wajah yang cantik.
STATUS
Bukan Hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 68, hadis nombor 156. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن قيم الجوزية: هذا كلام مما يجل عنه أبو هريرة، وابن عباس، بل سعيد بن المسيب والحسن. بل أحمد ومالك.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Ucapan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Abu Hurairah dan Ibn Abbas, bahkan Said Ibn al-Musayyab dan al-Hasan, bahkan juga Ahmad dan Malik.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.