Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلَاثٌ يَجْلِينَ البَصَرَ: النظرُ إِلَى الخُضْرَةِ ، وَإِلَى المَاءِ الجَاري ، وَإِلَى الوَجْهِ الحَسَنِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara menajamkan penglihatan: Melihat kepada suatu yang berwarna hijau, melihat air yang mengalir serta melihat wajah yang elok.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis no. 5943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ثلاث يجلين البصر: النظر إلى الخضرة، وإلى الماء الجاري، وإلى الوجه الحسن)). [فر، ((الضعيفة)) (3438)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: "Tiga perkara menajamkan penglihatan: Melihat kepada suatu yang berwarna hijau, melihat air yang mengalir serta melihat wajah yang elok." [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3438]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman