TEKS BAHASA ARAB
ثلاثة تحت العرش يوم القيامة: القرآن يحاج العباد، له ظهر وبطن، والأمانة، والرحم تنادي: ألا من وصلني وصله الله، ومن قطعني قطعه الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1309, hadis nombor 6685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الرحمن بن عوف القرشي رضي الله عنه، مرفوعا: ثلاثة تحت العرش يوم القيامة: القرآن يحاج العباد، له ظهر وبطن، والأمانة، والرحم تنادي: ألا من وصلني وصله الله، ومن قطعني قطعه الله.
[عق، ابن زنجويه في ((كتاب الأدب))، البغوي، ((الضعيفة)) (1337)].
(Lemah)
Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf al-Qurashi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara berada di bawah ‘Arash pada hari kiamat, iaitu al-Qur’an yang akan menghujah para hamba, ia mempunyai zahir dan batin, amanah dan rahim akan menyeru: Ingatlah! Sesiapa yang menghubungkanku, Allah pasti menghubungkannya dan sesiapa yang memutuskanku Allah pasti memutuskannya.
[Riwayat al-'Uqaili, Ibn Zanjawaih dalam Kitab al-Adab, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1337].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.