Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiga perkara berada di bawah 'Arash pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

ثَلَاثَةٌ تَحْتَ الْعَرْشِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: القُرْآنُ يُحَاجُّ الْعِبَادَ، لَهُ ظَهْرٌ وَبَطْنٌ، وَالْأَمَانَةُ، وَالرَّحِمُ تُنَادِي: أَلَا مَنْ وَصَلَنِي وَصَلَهُ اللَّهُ، وَمَنْ قَطَعَنِي قَطَعَهُ اللَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Tiga perkara berada di bawah 'Arash pada hari kiamat, iaitu al-Qur'an yang akan menghujah para hamba, ia mempunyai zahir dan batin, amanah dan rahim akan menyeru: Ingatlah! Sesiapa yang menghubungkanku, Allah pasti menghubungkannya dan sesiapa yang memutuskanku Allah pasti memutuskannya.

Sahabat Perawi

  1. Abd al-Rahman bin 'Awf al-Qurashi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1309, hadis no. 6685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف القرشي رضي الله عنه، مرفوعا: ثلاثة تحت العرش يوم القيامة: القرآن يحاج العباد، له ظهر وبطن، والأمانة، والرحم تنادي: ألا من وصلني وصله الله، ومن قطعني قطعه الله. [عق، ابن زنجويه في ((كتاب الأدب))، البغوي، ((الضعيفة)) (1337)].

(Lemah) Daripada 'Abd al-Rahman bin 'Awf al-Qurashi RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga perkara berada di bawah 'Arash pada hari kiamat, iaitu al-Qur'an yang akan menghujah para hamba, ia mempunyai zahir dan batin, amanah dan rahim akan menyeru: Ingatlah! Sesiapa yang menghubungkanku, Allah pasti menghubungkannya dan sesiapa yang memutuskanku Allah pasti memutuskannya. [Riwayat al-'Uqaili, Ibn Zanjawaih dalam Kitab al-Adab, al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1337].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.