Tiga perkara Aku sembunyikan daripada hamba-Ku, jika ada yang melihatnya

TEKS BAHASA ARAB

قال الله عز وجل : ثلاث خلال غيبتهن عن عبادي، لو رآهن رجل ما عمل سوءا أبدا: لو كشفت غطائي حتى يراني فيستيقن ويعلم كيف أفعل لخلقي إذا أمتهم؟ وقبضت السماوات والأرضين ثم قلت: أنا الملك من ذا الذي له الملك دوني؟! ثم أريهم الجنة وما أعددت لهم فيها من كل خير فيستيقنونها، وأريهم النار وما أعددت لهم من كل شر فيستيقنونها. ولكن عمدا غيبت ذلك عنهم؛ لأعلم كيف يعملون، وقد بينته لهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah Azzawajalla berkata: "Tiga perkara Aku sembunyikan daripada hamba-Ku, jika ada yang melihatnya, nescaya mereka tidak akan berbuat keburukan selamanya: Jika Aku buka tabir-Ku sehingga dia melihat-Ku, maka dia akan semakin yakin dan mengetahui apa yang Aku berikan untuk hamba-Ku jika Aku mematikan mereka? Dan Aku genggam seluruh langit dan bumi kemudian Aku berfirman: “Akulah Raja dan siapakah yang memiliki Kerajaan selain diri-Ku? Kemudian Aku perlihatkan mereka syurga dan apa yang telah Aku siapkan untuk mereka di dalamnya daripada segala kebaikan yang telah Aku siapkan untuk mereka supaya mereka semakin yakin dengannya. Dan Aku perlihatkan mereka neraka dan apa yang telah Aku siapkan untuk mereka di dalamnya daripada segala keburukan supaya mereka semakin yakin dengannya. Tetapi Aku sengaja menyembunyikannya daripada mereka; sehingga Aku mengetahui bagaimana mereka beramal (ibadah), dan Aku telah berikan kepada mereka bukti yang nyata”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 523, hadis nombor 2771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله : «قال الله – عز وجل -: ثلاث خلال غيبتهن عن عبادي، لو رآهن رجل ما عمل سوءا أبدا: لو كشفت غطائي حتى يراني فيستيقن ويعلم كيف أفعل لخلقي إذا أمتهم؟ وقبضت السماوات والأرضين ثم قلت: أنا الملك من ذا الذي له الملك دوني؟! ثم أريهم الجنة وما أعددت لهم فيها من كل خير فيستيقنونها، وأريهم النار وما أعددت لهم من كل شر فيستيقنونها. ولكن عمدا غيبت ذلك عنهم؛ لأعلم كيف يعملون، وقد بينته لهم».
[طب، وفي مسند الشاميين»، «الضعيفة» (5608)].

(Lemah) Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Allah Azzawajalla berkata: "Tiga perkara Aku sembunyikan daripada hamba-Ku, jika ada yang melihatnya, nescaya mereka tidak akan berbuat keburukan selamanya: Jika Aku buka tabir-Ku sehingga dia melihat-Ku, maka dia akan semakin yakin dan mengetahui apa yang Aku berikan untuk hamba-Ku jika Aku mematikan mereka? Dan Aku genggam seluruh langit dan bumi kemudian Aku berfirman: “Akulah Raja dan siapakah yang memiliki Kerajaan selain diri-Ku? Kemudian Aku perlihatkan mereka syurga dan apa yang telah Aku siapkan untuk mereka di dalamnya daripada segala kebaikan yang telah Aku siapkan untuk mereka supaya mereka semakin yakin dengannya. Dan Aku perlihatkan mereka neraka dan apa yang telah Aku siapkan untuk mereka di dalamnya daripada segala keburukan supaya mereka semakin yakin dengannya. Tetapi Aku sengaja menyembunyikannya daripada mereka; sehingga Aku mengetahui bagaimana mereka beramal (ibadah), dan Aku telah berikan kepada mereka bukti yang nyata”."
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, dan dalam kitab Musnad al-Syamiyyin, Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs