Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ هنَّ أصلُ كلِّ خطيئةٍ فاتقوهنَّ ، وثلاثٌ إذا ذُكِرْنَ فأمسكوا : إياكم والكِبْرَ فإنَّ إبليسَ إنَّما منعهُ الكِبْرُ أن يسجدَ لآدمَ . وإياكم والحرصَ فإنَّ آدمَ إنَّما حملهُ الحرصُ على أكلِ الشجرةِ . وإياكم والحسدَ فإنَّ ابنيْ آدمَ إنَّما قَتَلَ أحدُهما صاحبَه حسدًا . فهنَّ أصلُ كلِّ خطيئةٍ فاتقوهنَّ واحذروهنَّ . والثلاثُ إذا ذُكِرَ القَدَرُ فأمسكوا ، وإذا ذُكِرَ النجومُ فأمسكوا وإذا ذُكِرَ أصحابي فأمسكوا.
Teks Bahasa Melayu
Tiga perkara adalah asal setiap dosa, maka jauhilah ia. Dan tiga perkara yang apabila disebutkan, maka kalian tahanlah diri. Berwaspadalah kalian dengan sifat takbur; kerana sesungguhnya iblis dihalang oleh sifat takburnya agar dia sujud kepada Adam. Dan berwaspadalah kalian dengan semangat mahukan dunia; kerana sesungguhnya Adam, bersemangat itulah yang menyebabkan dia makan pohon itu. Dan berwaspadalah kalian dengan sifat hasad dengki; kerana sesungguhnya dua orang anak Adam, pembunuhan seorang daripada mereka berdua itu kerana hasad dengki. Maka itulah asal setiap dosa. Maka takutlah dan hati-hatilah. Dan tiga perkara lagi: Apabila disebut tentang takdir; maka kalian tahanlah diri. Dan apabila disebut tentang bintang, maka kalian tahanlah diri. Dan apabila disebut tentang para sahabatku, maka kalian tahanlah diri.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas‘ūd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 560, hadis no. 2910.
(ضعيف جدا) عن ابن مسعود – رضي الله عنه – قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((ثلاث هن أصل كل خطيئة؛ فاتقوهن. وثلاث إذا ذكرن؛ فأمسكوا: إياكم والكبر؛ فإن إبليس إنما منعه الكبر أن يسجد لآدم. وإياكم والحرص؛ فإن آدم إنما حمله الحرص على أكل شجرة. وإياكم والحسد؛ فإن ابني آدم إنما قتل أحدهما صاحبه حسدا؛ فهن أصل كل خطيئة، فاتقوهن واحذروهن. والثلاث: إذا ذكر القدر؛ فأمسكوا، وإذا ذكر النجوم؛ فأمسكوا، وإذا ذكر أصحابي؛ فأمسكوا)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6669)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Baginda SAW berkata: “Tiga perkara adalah asal setiap dosa, maka jauhilah ia. Dan tiga perkara yang apabila disebutkan, maka kalian tahanlah diri. Berwaspadalah kalian dengan sifat takbur; kerana sesungguhnya iblis dihalang oleh sifat takburnya agar dia sujud kepada Adam. Dan berwaspadalah kalian dengan semangat mahukan dunia; kerana sesungguhnya Adam, bersemangat itulah yang menyebabkan dia makan pohon itu. Dan berwaspadalah kalian dengan sifat hasad dengki; kerana sesungguhnya dua orang anak Adam, pembunuhan seorang daripada mereka berdua itu kerana hasad dengki. Maka itulah asal setiap dosa. Maka takutlah dan hati-hatilah. Dan tiga perkara lagi: Apabila disebut tentang takdir; maka kalian tahanlah diri. Dan apabila disebut tentang bintang, maka kalian tahanlah diri. Dan apabila disebut tentang para sahabatku, maka kalian tahanlah diri. [Riwayat al-Asbahani dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6669]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman