Tiga penyesalan manusia yang paling dahsyat di dunia

TEKS BAHASA ARAB

أَشَدُّ حَسَرَاتِ بني آدَمَ في الدنيا ثَلاثٍ: ١- رَجُلٌ كَانَتْ له أرض تُسقى، وله سانية يسقي عليها أرضه، فلما اشتدَّ وأخرجت ثمرتها؛ ماتت سانيته، فيجد حسرة على سانيته التي قد عَلِم أنه لا يجد مثلها، ويجد حسرة على ثمرة أرضه أن تفسد قبل أن يحتال حيلة. ٢ – ورجل له فرس جواد، فلقي جمعاً من الكفار فلما دنا بعضهم من بعض؛ انهزم أعداء الله، فسبق الرجل على فرسه، فلما كاد أن يلحق انكسرت يد فرسه، فنزل عنده؛ يجد حسرة على فرسه أن لايجد مثله، ويجد حسرة على ما فاته من الظفر الذي كان أشرف عليه. ٣ – ورجل كانت عنده امرأة قد رضي هيأتها ودينها، فنفست غلاما؛ فماتت بنفاسها، فيجد حسرة على امرأته؛ يظن أنه لن يصادف مثلها، ويجد حسرة على ولده يخشى ضيعته قبل أن يجد من يرضعه. قال: فهذه أكبر هؤلاء الحسرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penyesalan terbesar anak Adam di dunia ada tiga. 1- Seorang lelaki yang mempunyai tanah pertanian yang disirami air serta mempunyai binatang yang ditugaskan untuk menyirami tanah pertaniannya. Setelah pokok mula berbunga dan mengeluarkan buahnya, binatang yang ditugaskan menyiram itu mati. Lalu lelaki itu merasakan penyesalan ke atas kematian binatang itu yang mana dia tahu dia tidak akan mendapatkan binatang yang seperti itu lagi. Dan dia juga merasakan penyesalan kerana buah pokoknya rosak sebelum cukup tempoh matangnya. 2- Lelaki yang mempunyai kuda yang bagus, lalu dia bertembung dengan segolongan orang kuffar. Ketika mana mereka saling mendekati antara satu sama lain, musuh Allah itu mula tewas lantas lelaki itu mengejar mereka dengan kudanya. Ketika mana dia hampir memintas mereka, maka salah satu kaki kudanya patah lalu dia tersungkur di sisinya. Lelaki itu merasakan penyesalan kerana dia tidak akan mendapatkan kuda yang seperti itu lagi dan penyesalan di atas kemenangan yang terlepas setelah mana dia hampir mencapainya. 3- Lelaki yang mempunyai seorang isteri yang mana suaminya suka dengan sifat dan agamanya. Maka dia telah melahirkan bayi lelaki, kemudian meninggal dunia kerana bersalin. Lantas lelaki itu merasakan penyesalan di atas kematian isterinya yang mana dia menyangka bahawa dia tidak akan bertemu lagi wanita seperti itu. Dia juga merasakan penyesalan ke atas anaknya yang ditakuti akan kehilangannya sebelum dia menjumpai orang yang mampu menyusukannya. Penyesalan lelaki ketiga inilah yang terbesar di antara seluruh penyesalan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 631, hadis nombor 3283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أَشَدُّ حَسَرَاتِ بني آدَمَ في الدنيا ثَلاثٍ:
١- رَجُلٌ كَانَتْ له أرض تُسقى، وله سانية يسقي عليها أرضه، فلما اشتدَّ وأخرجت ثمرتها؛ ماتت سانيته، فيجد حسرة على سانيته التي قد عَلِم أنه لا يجد مثلها، ويجد حسرة على ثمرة أرضه أن تفسد قبل أن يحتال حيلة.
٢ – ورجل له فرس جواد، فلقي جمعاً من الكفار فلما دنا بعضهم من بعض؛ انهزم أعداء الله، فسبق الرجل على فرسه، فلما كاد أن يلحق انكسرت يد فرسه، فنزل عنده؛ يجد حسرة على فرسه أن لايجد مثله، ويجد حسرة على ما فاته من الظفر الذي كان أشرف عليه.
٣ – ورجل كانت عنده امرأة قد رضي هيأتها ودينها، فنفست غلاما؛فماتت بنفاسها، فيجد حسرة على امرأته؛ يظن أنه لن يصادف مثلها،ويجد حسرة على ولده يخشى ضيعته قبل أن يجد من يرضعه. قال:فهذه أكبر هؤلاء الحسرات)). [ البزار، طب، طس، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6159)].

(Lemah)
Daripada Samurah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Penyesalan terbesar anak Adam di dunia ada tiga. 1- Seorang lelaki yang mempunyai tanah pertanian yang disirami air serta mempunyai binatang yang ditugaskan untuk menyirami tanah pertaniannya. Setelah pokok mula berbunga dan mengeluarkan buahnya, binatang yang ditugaskan menyiram itu mati. Lalu lelaki itu merasakan penyesalan ke atas kematian binatang itu yang mana dia tahu dia tidak akan mendapatkan binatang yang seperti itu lagi. Dan dia juga merasakan penyesalan kerana buah pokoknya rosak sebelum cukup tempoh matangnya. 2- Lelaki yang mempunyai kuda yang bagus, lalu dia bertembung dengan segolongan orang kuffar. Ketika mana mereka saling mendekati antara satu sama lain, musuh Allah itu mula tewas lantas lelaki itu mengejar mereka dengan kudanya. Ketika mana dia hampir memintas mereka, maka salah satu kaki kudanya patah lalu dia tersungkur di sisinya. Lelaki itu merasakan penyesalan kerana dia tidak akan mendapatkan kuda yang seperti itu lagi dan penyesalan di atas kemenangan yang terlepas setelah mana dia hampir mencapainya. 3- Lelaki yang mempunyai seorang isteri yang mana suaminya suka dengan sifat dan agamanya. Maka dia telah melahirkan bayi lelaki, kemudian meninggal dunia kerana bersalin. Lantas lelaki itu merasakan penyesalan di atas kematian isterinya yang mana dia menyangka bahawa dia tidak akan bertemu lagi wanita seperti itu. Dia juga merasakan penyesalan ke atas anaknya yang ditakuti akan kehilangannya sebelum dia menjumpai orang yang mampu menyusukannya. Penyesalan lelaki ketiga inilah yang besar di antara seluruh penyesalan."
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6159].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs