TEKS BAHASA ARAB
ثلاث لا يعاد صاحبهن: الرمد، وصاحب الضرس، وصاحب الدملة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga (penyakit) yang tidak boleh dilawati penderitanya: (Orang yang) Sakit mata, orang yang sakit geraham dan orang yang sakit bisul.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1167, hadis nombor 5895. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبو هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاث لا يعاد صاحبهن: الرمد، وصاحب الضرس، وصاحب الدملة)). [طس، عق، عد، ((الضعيفة)) (150)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Tiga (penyakit) yang tidak boleh dilawati penderitanya: (Orang yang) Sakit mata, orang yang sakit geraham dan orang yang sakit bisul". [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 150].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.