Tiga orang ini tidak akan merasa takut pada hari kiamat dan tidak akan dihisab

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan manusia yang tidak akan merasa takut pada hari kiamat dan tidak akan dihisab, mereka akan berjalan dengan senang di atas pasir kasturi sehinggalah Allah selesai menghisab hamba-Nya yang lain, mereka adalah: Seorang yang membaca al-Quran demi untuk mencari keredhaan Allah dan dia menjadi imam kepada sebuah kaum dan mereka redha dengannya. Dan seorang yang menyeru untuk melakukan solat lima waktu demi mencari keredhaan Allah dan hamba yang memperelokkan hubungannya dengan Tuhannya serta antara dia dan tuannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1586, hadis nombor 8018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضغيف) عن عبد الله ابن عمر -رضي الله عنه – قال : قال -صلى الله عليه وسلم-: ((ثلاثة لا يهولهم الفزع، ولا ينالهم الحساب، على كثيب من مسك حتى يفرغ الله من حساب العباد: رجل قرأ القرآن ابتغاء وجه الله، فأم به قوما وهم راضون عنه. وداعية يدعو إلى الصلوات الخمس ابتغاء وجه الله. وعبد أحسن ما بينه وبين ربه، وفيما بينه وبين مواليه)). [تخ، طس، طص، أبو تعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6812)].

(Lemah)
Daripada Abdullah Bin Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Tiga golongan manusia yang tidak akan merasa takut pada hari kiamat dan tidak akan dihisab, mereka akan berjalan dengan senang di atas pasir kasturi sehinggalah Allah selesai menghisab hamba-Nya yang lain, mereka adalah: Seorang yang membaca al-Quran demi untuk mencari keredhaan Allah dan dia menjadi imam kepada sebuah kaum dan mereka redha dengannya. Dan seorang yang menyeru untuk melakukan solat lima waktu demi mencari keredhaan Allah dan hamba yang memperelokkan hubungannya dengan Tuhannya serta antara dia dan tuannya.))
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Tabarani dalam dan dalam al-Saghir, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6812].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs