TEKS BAHASA ARAB
ثلاثة أعين لا تحرقها النار أبداً: عين بكت من خشية الله. وعين سهرت بكتاب الله. وعين حرست في سبيل الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga mata yang tidak akan dibakar oleh neraka selamanya adalah: Mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang tidak tidur kerana membaca kitab Allah, dan mata yang berjaga di jalan Allah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1586, hadis nombor 8017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي عمران الأنصاري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((ثلاثة أعين لا تحرقها النار أبداً: عين بكت من خشية الله. وعين سهرت بكتاب الله. وعين حرست في سبيل الله)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6553)].
(Munkar)
Daripada Abi Imran Al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Tiga mata yang tidak akan dibakar oleh neraka selamanya adalah: Mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang tidak tidur kerana membaca kitab Allah, dan mata yang berjaga di jalan Allah.))
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6553].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.