TEKS BAHASA ARAB
ثلاث من كنوز البر: إخفاء الصدقة، وكتمان الشكوى، وكتمان المصيبة، يقول الله عز وجل: إذا ابتليت عبدي ببلاء فصبر، لم يشكني إلى عواده أبدلته لحما خير من لحمه، ودما خير من دمه، فإن أرسلته أرسلته ولا ذنب له، وإن توفيته فإلى رحمتي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiga daripada khazanah kebaikan adalah: Menyembuyikan sedekah, merahsiakan keluhan, dan merahsiakan musibah. Allah azza wa jalla berfirman: Jika aku menguji hamba-Ku dengan suatu bala lalu dia bersabar dan tidak mengadu kepada orang yang menziarahinya maka akan Aku gantikan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, dan jika aku membiarkan dia hidup, akan aku biarkan dia hidup tanpa dosa dan jika aku mematikannya, maka dia akan berada di dalam rahmat-Ku.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1720, hadis nombor 8646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس ابن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ثلاث من كنوز البر: إخفاء الصدقة، وكتمان الشكوى، وكتمان المصيبة، يقول الله عز وجل: إذا ابتليت عبدي ببلاء فصبر، لم يشكني إلى عواده أبدلته لحما خير من لحمه، ودما خير من دمه، فإن أرسلته أرسلته ولا ذنب له، وإن توفيته فإلى رحمتي.)) [تمام، طب، ابن عساكر، حل، الحنائي في ((الفوائد))، ((الضعيفة))(691)].
(Palsu)
Daripada Anas Bin Malik RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
((Tiga daripada khazanah kebaikan adalah: Menyembuyikan sedekah, merahsiakan keluhan, dan merahsiakan musibah. Allah azza wa jalla berfirman: Jika aku menguji hamba-Ku dengan suatu bala lalu dia bersabar dan tidak mengadu kepada orang yang menziarahinya maka akan Aku gantikan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, dan jika aku membiarkan dia hidup, akan aku biarkan dia hidup tanpa dosa dan jika aku mematikannya, maka dia akan berada di dalam rahmat-Ku.))
[Riwayat Tammam, al-Tabarani dalam al-Kabir, Ibn Asakir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, dan al-Hinnaie dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 691].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.