Tiga kelompok yang tidak akan ditanya tentang nikmat makan dan minum

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر والمتسحر وصاحب الضيف وثلاثة لا يسألون عن سوء الخلق المريض: والصائم والإمام العادل.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tiga kelompok yang tidak akan ditanya tentang nikmat makan dan minum ialah orang yang berbuka puasa, orang yang bersahur dan penerima tetamu. Dan tiga golongan yang tidak akan ditanya tentang akhlak yang buruk iaitu orang yang sakit, orang berpuasa dan imam yang adil.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 90-91, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في الذيل: فيه مجاشع يضع.

Berkata al-Suyuthi di dalam al-Zail: Pada hadith ini terdapat perawi bernama Mujasyi’, dia mereka hadith palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon