Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiga kelompok yang tidak akan ditanya tentang nikmat makan dan minum

Teks Bahasa Arab

حديث: ثلاثة لا يسألون عن نعيم المطعم والمشرب: المفطر والمتسحر وصاحب الضيف وثلاثة لا يسألون عن سوء الخلق المريض: والصائم والإمام العادل.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tiga kelompok yang tidak akan ditanya tentang nikmat makan dan minum ialah orang yang berbuka puasa, orang yang bersahur dan penerima tetamu. Dan tiga golongan yang tidak akan ditanya tentang akhlak yang buruk iaitu orang yang sakit, orang berpuasa dan imam yang adil.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 90-91, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: فيه مجاشع يضع.

Berkata al-Suyuthi di dalam al-Zail: Pada hadith ini terdapat perawi bernama Mujasyi’, dia mereka hadith palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.