Tiga kejadian yang berlaku menjelang hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث إذا رأيتهن بعد ذلك تقوم الساعة: خراب العامر، وإعمار الخراب، وأن يكون الغزو نداء، وأن يتمرس الرجل بأمانته تمرس البعير بالشجرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu menyaksikan tiga kejadian ini, setelah itu akan berlakulah hari kiamat, iaitu: Kemusnahan sesuatu yang makmur, pemakmuran sesuatu yang telah musnah, peperangan menjadi seruan, dan seseorang bermain-main dengan kuasa yang diamanahkan kepadanya seperti unta bermain-main dengan pohon.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1330, hadis nombor 6790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عطية السعدي رضي الله عنه مرفوعا: ثلاث إذا رأيتهن بعد ذلك تقوم الساعة: خراب العامر، وإعمار الخراب، وأن يكون الغزو نداء، وأن يتمرس الرجل بأمانته تمرس البعير بالشجرة.
[فر، ((الضعيفة)) (3436)]

(Lemah)
Daripada ‘Atiyyah al-Sa’di RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu menyaksikan tiga kejadian ini, setelah itu akan berlakulah hari kiamat, iaitu: Kemusnahan sesuatu yang makmur, pemakmuran sesuatu yang telah musnah, peperangan menjadi seruan, dan seseorang bermain-main dengan kuasa yang diamanahkan kepadanya seperti unta bermain-main dengan pohon.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3436]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs