Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثٌ إذا رأيتُهن بعد ذلك تقومُ الساعةُ: خَرابُ العامِرِ، وإعمارُ الخرابِ، وأن يكونَ الغَزْوُ نداءً، وأن يتمرسَ الرجلُ بأمانتِه تَمَرُّسَ البعيرِ بالشجرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu menyaksikan tiga kejadian ini, setelah itu akan berlakulah hari kiamat, iaitu: Kemusnahan sesuatu yang makmur, pemakmuran sesuatu yang telah musnah, peperangan menjadi seruan, dan seseorang bermain-main dengan kuasa yang diamanahkan kepadanya seperti unta bermain-main dengan pohon.
Sahabat Perawi
- Atiyyah al-Sa'di RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1330, hadis no. 6790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عطية السعدي رضي الله عنه مرفوعا: ثلاث إذا رأيتهن بعد ذلك تقوم الساعة: خراب العامر، وإعمار الخراب، وأن يكون الغزو نداء، وأن يتمرس الرجل بأمانته تمرس البعير بالشجرة. [فر، ((الضعيفة)) (3436)]
(Lemah) Daripada 'Atiyyah al-Sa'di RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu menyaksikan tiga kejadian ini, setelah itu akan berlakulah hari kiamat, iaitu: Kemusnahan sesuatu yang makmur, pemakmuran sesuatu yang telah musnah, peperangan menjadi seruan, dan seseorang bermain-main dengan kuasa yang diamanahkan kepadanya seperti unta bermain-main dengan pohon. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3436]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman