Tiga jenis suara yang dibanggakan oleh Allah di hadapan para malaikat

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة أصوات يباهي الله بها الملائكة: الأذان، والتكبير في سبيل الله، ورفع الصوت بالتلبية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga jenis suara yang dibanggakan oleh Allah di hadapan para malaikat (iaitu): Suara azan, takbir di jalan Allah, dan suara yang ditinggikan ketika bertalbiah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 990, hadis nombor 5101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: ((ثلاثة ‌أصوات يباهي الله بها الملائكة: الأذان، والتكبير في سبيل الله، ورفع الصوت بالتلبية)). [ابن الوزير في ((الأمالي))، فر، ابن حجر في (المسلسلات))، ((الضعيفة)) (3434)]

(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Tiga jenis suara yang dibanggakan oleh Allah di hadapan para malaikat (iaitu): Suara azan, takbir di jalan Allah, dan suara yang ditinggikan ketika bertalbiah. [Riwayat Ibn al-Wazir dalam al-Amali, ad-Dailami dalam al-Firdaws, Ibn Hajar dalam al-Musalsalat. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3434]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.