Tiga jenis perjudian (dan perkara yang sama dari aspek pengharamannya dan dosa melakukannya) adalah perbuatan orang yang bersiul di dalam bilik mandi, berjudi, dan permainan melontar buah dadu

TEKS BAHASA ARAB

ثلاث من الميسر: الصفير بالحمام، والقمار، والضرب بالكعاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga jenis perjudian (dan perkara yang sama dari aspek pengharamannya dan dosa melakukannya) adalah perbuatan orang yang bersiul di dalam bilik mandi, berjudi, dan permainan melontar buah dadu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis nombor 8190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يزيد بن شريح أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((ثلاث من الميسر: الصفير بالحمام، والقمار، والضرب بالكعاب)). [أبو داود في ((المراسيل))، ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (3441)].

(Lemah)
Daripada Yazid bin Shuraih bahawa Nabi SAW bersabda: ((Tiga jenis perjudian (dan perkara yang sama dari aspek pengharamannya dan dosa melakukannya) adalah perbuatan orang yang bersiul di dalam bilik mandi, berjudi, dan permainan melontar buah dadu.))
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil dan Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3441].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs