Tiga jenis mata yang tidak akan pernah dibakar oleh api neraka selama-lamanya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة أعين لا تحرقها النار أبدا: عين بكت من خشية الله، وعين سهرت بكتاب الله، وعين حرست في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga jenis mata yang tidak akan pernah dibakar oleh api neraka selama-lamanya: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, mata yang celik berjaga malam kerana membaca al-Quran, juga mata yang berjaga malam untuk menjaga (urusan peperangan) di jalan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1032, hadis nombor 5289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي عمران الأنصاري أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((ثلاثة أعين لا تحرقها النّار أبدا: عين بكت من خشية الله، وعين سهرت بكتاب الله، وعين حرست في سبيل الله)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6553)]

(Munkar)
Daripada Abu ‘Imran al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga jenis mata yang tidak akan pernah dibakar oleh api neraka selama-lamanya: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, mata yang celik berjaga malam kerana membaca al-Quran, juga mata yang berjaga malam untuk menjaga (urusan peperangan) di jalan Allah.”
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6553]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs