Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةُ أعينٍ لا تَحرقُها النارُ أبدًا: عينٌ بَكَتْ من خشيةِ اللهِ، وعينٌ سهِرتْ بكتابِ اللهِ، وعينٌ حرستْ في سبيلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga jenis mata yang tidak akan pernah dibakar oleh api neraka selama-lamanya: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, mata yang celik berjaga malam kerana membaca al-Quran, juga mata yang berjaga malam untuk menjaga (urusan peperangan) di jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Imran al-Ansari
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1032, hadis no. 5289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي عمران الأنصاري أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: ((ثلاثة أعين لا تحرقها النّار أبدا: عين بكت من خشية الله، وعين سهرت بكتاب الله، وعين حرست في سبيل الله)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6553)]
(Munkar) Daripada Abu ‘Imran al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga jenis mata yang tidak akan pernah dibakar oleh api neraka selama-lamanya: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, mata yang celik berjaga malam kerana membaca al-Quran, juga mata yang berjaga malam untuk menjaga (urusan peperangan) di jalan Allah.” [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6553]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman