Tiga jenis mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka selama-lamanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة أعين لا تحرقها النار أبدا: عين بكت من خشية الله، وعين سهرت بكتاب الله، وعين حرست في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga jenis mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka selama-lamanya: Mata yang menangis kerana takutkan Allah. Mata yang berjaga malam (membaca) Kitabullah (al-Quran). Mata yang mengawasi (bersiap siaga) pada jalan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2070, hadis nombor 10396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي عمران الأنصاري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ثلاثة أعين لا تحرقها النار أبدا: عين بكت من خشية الله، وعين سهرت بكتاب الله، وعين حرست في سبيل الله.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6553)]

(Munkar)
Daripada Abū ‘Imrān al-Anṣārī bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Tiga jenis mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka selama-lamanya: Mata yang menangis kerana takutkan Allah. Mata yang berjaga malam (membaca) Kitabullah (al-Quran). Mata yang mengawasi (bersiap siaga) pada jalan Allah.
[Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Taghrīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6553]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.