Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةُ أعينٍ لا تَحرقُها النارُ أبدًا: عينٌ بَكَتْ من خشيةِ اللهِ، وعينٌ سهِرتْ بكتابِ اللهِ، وعينٌ حرستْ في سبيلِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga jenis mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka selama-lamanya: Mata yang menangis kerana takutkan Allah. Mata yang berjaga malam (membaca) Kitabullah (al-Quran). Mata yang mengawasi (bersiap siaga) pada jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Imran al-Ansari
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2070, hadis no. 10396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي عمران الأنصاري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ثلاثة أعين لا تحرقها النار أبدا: عين بكت من خشية الله، وعين سهرت بكتاب الله، وعين حرست في سبيل الله. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6553)]
(Munkar) Daripada Abū ‘Imrān al-Anṣārī bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Tiga jenis mata yang tidak akan dibakar oleh api neraka selama-lamanya: Mata yang menangis kerana takutkan Allah. Mata yang berjaga malam (membaca) Kitabullah (al-Quran). Mata yang mengawasi (bersiap siaga) pada jalan Allah. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Taghrīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6553]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman