Tiga jenis mata yang diharamkan dari dijilat api neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حرمت على النار ثلاثة أعين: عين بكت من خشية الله عز وجل، وعين سهرت في سبيل الله، وعين غضت عن محارم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga jenis mata yang diharamkan dari dijilat api neraka: Mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, mata yang berjaga malam di jalan Allah SWT dan mata yang tunduk daripada melihat perkara-perkara yang Allah SWT larang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 991, hadis nombor 5105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاوية بن حيدة رضي الله عنه مرفوعا: حرمت على النار ثلاثة أعين: عين بكت من خشية الله عز وجل وعين سهرت في سبيل الله وعين غضت عن محارم الله. [القشيري في الأربعين، الضعيفة (3483)]

(Lemah) Daripada Mu’awiyah bin Haidah RA yang meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga jenis mata yang diharamkan dari dijilat api neraka: Mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, mata yang berjaga malam di jalan Allah SWT dan mata yang tunduk daripada melihat perkara-perkara yang Allah SWT larang. [Riwayat al-Qusyairi dalam al-Arba'in. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3483].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.