Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حرمت على النار ثلاثة أعين: عين بكت من خشية الله عز وجل، وعين سهرت في سبيل الله، وعين غضت عن محارم الله.
Teks Bahasa Melayu
Tiga jenis mata yang diharamkan dari dijilat api neraka: Mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, mata yang berjaga malam di jalan Allah SWT dan mata yang tunduk daripada melihat perkara-perkara yang Allah SWT larang.
Sahabat Perawi
- Mu'awiyah bin Haidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 991, hadis no. 5105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاوية بن حيدة رضي الله عنه مرفوعا: حرمت على النار ثلاثة أعين: عين بكت من خشية الله عز وجل وعين سهرت في سبيل الله وعين غضت عن محارم الله. [القشيري في الأربعين، الضعيفة (3483)]
(Lemah) Daripada Mu'awiyah bin Haidah RA yang meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga jenis mata yang diharamkan dari dijilat api neraka: Mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, mata yang berjaga malam di jalan Allah SWT dan mata yang tunduk daripada melihat perkara-perkara yang Allah SWT larang. [Riwayat al-Qusyairi dalam al-Arba'in. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3483].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman