Tiga perkara yang sekiranya seseorang itu tidak berada dalam salah satu daripadanya, anjing adalah lebih baik daripadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثلاث خلال من لم يكن فيه واحدة منهن كان الكلب خيرا منه: ورع يحجزه عن محارم الله، أو حلم يرد به جهل جاهل، أو حسن خلق يعيش به في الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang sekiranya seseorang itu tidak berada dalam salah satu daripadanya, anjing adalah lebih baik daripadanya: Warak yang membataskan dirinya daripada melakukan perbuatan yang diharamkan Allah, atau sabar yang bertolak ansur dengan kejahilan orang bodoh, atau akhlak baik yang hidup dengan akhlak tersebut bersama manusia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2070, hadis nombor 10398. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن الحسن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاث خلال من لم يكن فيه واحدة منهن كان الكلب خيرا منه: ورع يحجزه عن محارم الله، أو حلم يرد به جهل جاهل، أو حسن خلق يعيش به في الناس.
[هب، ((الضعيفة)) (7160)]

(Sangat Lemah)
Daripada al-Ḥasan, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang sekiranya seseorang itu tidak berada dalam salah satu daripadanya, anjing adalah lebih baik daripadanya: Warak yang membataskan dirinya daripada melakukan perbuatan yang diharamkan Allah, atau sabar yang bertolak ansur dengan kejahilan orang bodoh, atau akhlak baik yang hidup dengan akhlak tersebut bersama manusia.
[Riwayat al-Baihaqī dalam Syu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7160]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.