Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiga golongan yang tidak mempedulikan hisab

Teks Bahasa Arab

ثلاثةٌ لا يَكْتَرِثونَ للحِسابِ، ولا يُفزِعُهُمُ الصَّيحةُ، ولا يُحزِنُهُمُ الفزَعُ الأَكْبرُ: حاملُ القرآنِ المؤدِّية إلى اللَّهِ بما فيهِ، يقدُمُ علَى ربِّهِ سيِّدًا شَريفًا حتَّى يوافِقَ المرسَلينَ، ومؤذِّنٌ أذَّنَ سَبعَ سِنينَ لا يأخذُ علَى أذانِهِ طمَعًا، وعبدٌ مَملوكٌ أدَّى حقَّ اللَّهِ وحقَّ مواليهِ من نفسِهِ

Teks Bahasa Melayu

Tiga golongan yang tidak mempedulikan hisab, tidak takut akan bunyi semboyan, dan tidak gelisah dengan ketakutan yang besar: 1- Orang yang membawa al-Quran dalam dirinya, yang menunaikan kepada Allah apa yang ada di dalamnya, dia akan mempersembahkan kepada tuhannya dakam keadaan yang mulia sehingga dipersetujui oleh semua para rasul. 2- Muazzin yang telah melaungkan azan selama tujuh tahun, tidak mengambil sebarang upah pun atas azannya. 3- Seorang hamba yang dimiliki yang menunaikan hak Allah serta hak kepada tuannya dari dirinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 784, hadis no. 4023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا السياق) عن ابن عباس رضي الله عنه مرفوعا: ثلاثة ‌لا ‌يكترثون للحساب، ولا يفزعهم الصيحة، ولا يحزنهم الفزع الأكبر. 1 - حامل القرآن المؤديه إلى الله بما فيه، يقدم على ربه سيدا شريفا حتى يوافق المرسلين. 2 - ومؤذن أذن سبع سنين، لا يأخذ على أذانه طمعا. 3 - وعبد مملوك أدى حق الله، وحق مواليه من نفسه. [عق، هب، السهمي، ((الضعيفة)) (2417)]

(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: “Tiga golongan yang tidak mempedulikan hisab, tidak takut akan bunyi semboyan, dan tidak gelisah dengan ketakutan yang besar: 1- Orang yang membawa al-Quran dalam dirinya, yang menunaikan kepada Allah apa yang ada di dalamnya, dia akan mempersembahkan kepada tuhannya dalam keadaan yang mulia sehingga dipersetujui oleh semua para rasul. 2- Muazzin yang telah melaungkan azan selama tujuh tahun, tidak mengambil sebarang upah pun atas azannya. 3- Seorang hamba yang dimiliki yang menunaikan hak Allah serta hak kepada tuannya dari dirinya.” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2417]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.