Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiga golongan yang tidak masuk syurga

Teks Bahasa Arab

ثَلاثةٌ لا يَدخلونَ الجنَّةَ : مُدمِنُ خمرٍ ، وقاطعُ رحِمٍ ، ومصدِّقٌ بالسِّحرِ ، ومَن ماتَ مُدمنًا للخَمرِ سقاهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ مِن نَهرِ الغوطةِ ، قيلَ : وما نَهرُ الغوطةِ ؟ قالَ : نَهرٌ يَجري مِن فُروجِ المومِساتِ ، يؤذي أهلَ النَّارِ ريحُ فُروجِهِم.

Teks Bahasa Melayu

Tiga golongan yang tidak masuk syurga, orang yang ketagih arak, orang yang memutuskan silaturahim, orang yang membenarkan sihir. Sesiapa yang mati dalam keadaan dia ketagih arak, maka Allah akan memberi dia minum air dari sungai al-Ghutah. Dikatakan: Apakah itu sungai al-Ghutah? Baginda berkata: Sungai yang mengalir dari kemaluan wanita yang berzina, para penghuni neraka terganggu dengan bau kemaluan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Musa RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 649, hadis no. 3359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي موسى -رضي الله عنه - أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((ثلاثة لا يدخلون الجنة، مدمن خمر، وقاطع رحم، ومصدق بالسحر، ومن ‌مات مدمنا للخمر سقاه الله عز وجل من نهر الغوطة، قيل: وما نهر الغوطة؟ قال: نهر يجري من فروج المومسات، يؤذي أهل النار ريح فروجهم)). [حب، ك، حم، أبو نعيم في ((أحاديث مشايخ أبي القاسم الأصم))، ((الضعيفة)) (1463)]

(Lemah) Daripada Abi Musa RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak masuk syurga, orang yang ketagih arak, orang yang memutuskan silaturahim, orang yang membenarkan sihir. Sesiapa yang mati dalam keadaan dia ketagih arak, maka Allah akan memberi dia minum air dari sungai al-Ghutah. Dikatakan: Apakah itu sungai al-Ghutah? Baginda berkata: Sungai yang mengalir dari kemaluan wanita yang berzina, para penghuni neraka terganggu dengan bau kemaluan mereka.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam al-Musnad dan Abu Nu'aim dalam Ahadith Masyaikh Abi al-Qasim al-Asam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1463]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.