Tiga golongan yang tidak gentar dengan tanda-tanda kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة لا يكترثون للحساب، ولا يفزعهم الصيحة، ولا يحزنهم الفزع الأكبر.
1 – حامل القرآن المؤديه إلى الله بما فيه، يقدم على ربه سيدا شريفا حتى يوافق المرسلين.
2 – ومؤذن أذن سبع سنين، لا يأخذ على أذانه طمعا.
3 – وعبد مملوك أدى حق الله، وحق مواليه من نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga golongan yang tidak mempedulikan hisab (perhitungan), teriakan (pekikan yang membinasakan) tidak menakutkan mereka dan kebimbangan yang besar (kiamat) tidak membuat mereka sedih (dukacita), iaitu:
1- Pembawa al-Qur’an yang menunaikan isi kandungannya kerana Allah, dia datang kepada Tuhannya sebagai pemimpin dan mulia dia menyamai (kedudukan) para rasul.
2- Tukang azan yang melaungkan azan selama 7 tahun, dia tidak mengangkat (melaungkan) azannya kerana ketamakan (dunia).
3- Dan hamba yang dimiliki menunaikan hak Allah dan hak tuannya daripada dirinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1431 – 1432 , hadis nombor 7273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا السياق)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: ثلاثة لا يكترثون للحساب، ولا يفزعهم الصيحة، ولا يحزنهم الفزع الأكبر.
1 – حامل القرآن المؤديه إلى الله بما فيه، يقدم على ربه سيدا شريفا حتى يوافق المرسلين.
2 – ومؤذن أذن سبع سنين، لا يأخذ على أذانه طمعا.
3 – وعبد مملوك أدى حق الله، وحق مواليه من نفسه.
[عق، هب، السهمي، ((الضعيفة)) (2417)]

(Palsu dengan konteks ini)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang tidak mempedulikan hisab (perhitungan), teriakan (pekikan yang membinasakan) tidak menakutkan mereka dan kebimbangan yang besar (kiamat) tidak membuat mereka sedih (dukacita), iaitu:
1- Pembawa al-Qur’an yang menunaikan isi kandungannya kerana Allah, dia datang kepada Tuhannya sebagai pemimpin dan mulia dia menyamai (kedudukan) para rasul.
2- Tukang azan yang melaungkan azan selama 7 tahun, dia tidak mengangkat (melaungkan) azannya kerana ketamakan (dunia).
3- Dan hamba yang dimiliki menunaikan hak Allah dan hak tuannya daripada dirinya.
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 2417]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs