Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثةٌ لا يَكْتَرِثونَ للحِسابِ، ولا يُفزِعُهُمُ الصَّيحةُ، ولا يُحزِنُهُمُ الفزَعُ الأَكْبرُ. 1 - حاملُ القرآنِ المؤدِّية إلى اللَّهِ بما فيهِ، يقدُمُ علَى ربِّهِ سيِّدًا شَريفًا حتَّى يوافِقَ المرسَلينَ. 2 - ومؤذِّنٌ أذَّنَ سَبعَ سِنينَ لا يأخذُ علَى أذانِهِ طمَعًا. 3 - وعبدٌ مَملوكٌ أدَّى حقَّ اللَّهِ وحقَّ مواليهِ من نفسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiga golongan yang tidak mempedulikan hisab (perhitungan), teriakan (pekikan yang membinasakan) tidak menakutkan mereka dan kebimbangan yang besar (kiamat) tidak membuat mereka sedih (dukacita), iaitu: 1- Pembawa al-Qur’an yang menunaikan isi kandungannya kerana Allah, dia datang kepada Tuhannya sebagai pemimpin dan mulia dia menyamai (kedudukan) para rasul. 2- Tukang azan yang melaungkan azan selama 7 tahun, dia tidak mengangkat (melaungkan) azannya kerana ketamakan (dunia). 3- Dan hamba yang dimiliki menunaikan hak Allah dan hak tuannya daripada dirinya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1431 - 1432, hadis no. 7273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu dengan konteks ini) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiga golongan yang tidak mempedulikan hisab (perhitungan), teriakan (pekikan yang membinasakan) tidak menakutkan mereka dan kebimbangan yang besar (kiamat) tidak membuat mereka sedih (dukacita), iaitu: 1- Pembawa al-Qur’an yang menunaikan isi kandungannya kerana Allah, dia datang kepada Tuhannya sebagai pemimpin dan mulia dia menyamai (kedudukan) para rasul. 2- Tukang azan yang melaungkan azan selama 7 tahun, dia tidak mengangkat (melaungkan) azannya kerana ketamakan (dunia). 3- Dan hamba yang dimiliki menunaikan hak Allah dan hak tuannya daripada dirinya. [Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Daifah, no. 2417]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman